Pusat Internet adalah satu program yang telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia SKMM dengan kerjasama Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn.Bhd
Penubuhan Pusat Internet Kg.Masjid pada mulanya di tempatkan di Kampung Langkah Baik dan kemudian di pindahkan ke Bangunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Teluk Ramunia disebabkan Projek Petroleum Development Corporation yang ingin dibangunkan di situ . Namun demi kepentingan masyarakat komuniti penduduk di kawasan Pengerang, Pusat Internet ini telah dipindahkan di Bangunan Jawatankuasa Kemajuan Kawasan Kampung Teluk Ramunia bagi memudahkan ke semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pusat Internet.





