Laporan Julai – Adobe Photoshop
Tarikh : 14,15,16,18 Julai 2017
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi : PI Kg Masjid Teluk Ramunia
Peserta : 7 orang
Tujuan
Kelas Adobe Photoshop ini dijalankan bagi tujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai aplikasi yang sering digunakan ketika di dalam pekerjaan atau sebagainya. Dan ia juga merupakan salah satu cabang bagi pelajar yang mahir dalam bidang ini untuk menjalankan perniagaan mereka.
Aktiviti
Terdapat beberapa modul yang dipelajari antaranya ialah Photoshop Basic 1,2 & 3. Di dalam modul tersebut mempunyai beberapa aspek yang mereka pelajari antaranya ialah Main screen, tool palette, make a new file, image size, work screen mode, introduction about main tool, add layer, edit and delete, colour fill, and also select tool in-depth explanation. Kelas ini dijalankan selama 4 hari berturut-turut dan telah diadakan pertandingan bagi kelas tersebut. Kelas ini juga dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Antarabangsa 2017 daripada Korea.