mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Desaru Ostrich Farm

ostirch

Terletak di Teluk Ramunia, ladang burung unta ini merupakan rumah kepada lebih 100 ekor burung unta. Uniknya, penjaga burung unta di sini akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang di sini. Pengunjung akan dapat menikmati layanan istimewa dan melawat seluruh ladang ini. Sudah pastinya, pengalaman menunggang burung unta menjadi aktivit wajib bila bertandang ke sini. Pengunjung dapat menunggang burung unta dengan membuat bayaran tambahan. Anda tidak perlu risau kerana penjaga burung unta akan sentiasa berada di sisi anda untuk memastikan keselamatan anda terjaga. Selain itu, terdapat kedai cenderamata di ladang ini untuk anda buat sebagai kenangan.

Lokasi: EMR 15 Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Waktu Operasi: 10 pg – 6 ptg

Harga Tiket: Dewasa: RM12, Kanak-kanak: RM8

ostirch